Friday, 30 December 2011

Pengorbanan Seorang Pemuda


Seorang wanita bertanya kepada seorang pemuda tentang cinta dan harapan. Wanita berkata ingin menjadi bunga terindah di dunia dan pemuda berkata ingin menjadi matahari. Wanita tidak mengerti kenapa pemuda ingin menjadi matahari, bukan kupu-kupu atau kumbang yang terus menemani bunga. Wanita berkata ingin menjadi rembulan tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan takkan boleh bertemu, tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita tersenyum pahit dan kecewa. Wanita sudah 2 kali menduga namun pemuda tetap keras kepala, ingin menjadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama wanita. Maka wanita itu pun beredar pergi dengan rasa kecewa dan tak pernah lagi kembali tanpa pernah tahu alasan kenapa matahari juga menjadi pilihan pemuda. Sang pemuda merenung sendiri dan menatap matahari. Saat wanita menjadi bunga, pemuda ingin menjadi matahari agar bunga dapat terus hidup. Matahari akan memberikan semua sinarannya kepada bunga agar ia tumbuh, berkembang dan terus hidup sebagai bunga yang cantik. Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh dan akhirnya rama-rama yang akan menari bersama bunga. Ini disebut kasih iaitu memberi tanpa syarat, tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan.
Saat wanita menjadi bulan, pemuda tetap menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari, tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan siapakah yang ingat akan matahari? Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak berupaya menikmati cahaya bulan, dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut.
Ini dinamakan pengorbanan, menyakitkan namun sangat layak untuk cinta. Pemuda tidak pernah menyesal menjadi matahari untuk wanita yang dicintainya...

Saturday, 10 December 2011

Keikhlasan



Keikhlasan dalam setiap perbuatan, perkara asas dalam setiap perlakuan. Sesungguhnya perbuatan yang diiringi dengan keikhlasan walaupun sekelumit lebih diingati dalam sanubari insan, dan jika tiada yang menghargainya di dunia ini PASTI ianya akan dihargai di akhirat kelak ~


Friday, 9 December 2011

Persahabatan

Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.

Dan dia? menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam? persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.


Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika? kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.



Dari sesuatu.. buat sesuatu.. hargainya

Jika kamu memancing ikan…
setelah ikan itu terlekat di mata kail…
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu
sahaja…
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu…
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang…
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya…
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja…
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu…
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…
Jika kamu menadah air biarlah berpada…
jangan terlalu mengharap pada takungannya…
dan janganlah menganggap ia begitu teguh…
cukuplah sekadar keperluanmu…
Apabila sekali ia retak…
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…
akhirnya ia dibuang…
sedangkan jika kamu cuba membaikinya…
mungkin ia masih boleh digunakan lagi…
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya…
Janganlah kamu terlalu mengaguminya…
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…
anggaplah dia manusia biasa…
Apabila sekali dia melakukan kesilapan…
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya…
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya…
Sedangkan jika kamu memaafkannya…
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…
yang kamu pasti baik untuk dirimu…
Mengenyangkan. Berkhasiat…
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain…
Terlalu ingin mengejar kelazatan…
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya…
Kamu akan menyesal…
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu…
Menyayangimu. Mengasihimu…
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain…
Terlalu mengejar kesempurnaan…
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal…

Tuesday, 29 November 2011


Daripada Facebook, Twitter dan Google + akhirnya aku dah beralih untuk berjinak-jinak dalam Blogging .. p/s : Izinkan saya membahasa diri saya dgn aku dan loghat utara .. Sebenaqnya starting point aku dlm tuleh blog ni ataih sebab paksaan dgn desakan x sangga AMZAR KURIN .. 2 3 kali dah dia duk tanya awat yang hang x buat blog .. So la ni aku suruh dia yang register semua kat aku .. design blog ni .. aku cuma post article ja .. syok lagu neh .. mcm orang besaq ja .. taip2 .. post orang lain handle .. terima qaseh la amzar oii .. :)